AISYAH LYANA JH201
Cuti sekolah. Apakah definasi itu? Bagi mereka yang masih lagi terperangkap dalam dunia di sekolah rendah, cuti sekolah adalah jangka masa untuk pelajar-pelajar berehat, bermain, berkunjung ke negeri lain, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan mengulangkaji pelajaran bagi mereka yang ketinggalan. Bagi mereka yang sedang bernafas dalam sekolah menengah biasa, mungkin mereka perlu menyiapkan beberapa kerja rumah atau berdarmawisata. Namun mereka tetap ada masa untuk rehat.
Bagaimana pula dengan diriku? Apakah yang sering aku kaitkan dengan cuti sekolah? Rehat? Keseronokan? 'Slack'? ...Tidak.
Cuti sekolah pada bulan Mac aku bukanlah cuti yang pernah aku impikan. Cuti sekolah, sesungguhnya tidak sesuai aku gelarnya cuti, adalah masa yang paling sibuk pernah aku alami. Apa telah aku lakukan pada 'cuti sekolah' ini? Aku perlu mewakili sekolah untuk suatu pertandingan kemudian dengan kelam-kabut aku menyumbat diriku ke dalam teksi ke hujung Singapura agar dapat saksikan persembahan teater oleh murid-murid dari sekolah ibuku. Keesokan harinya, terpaksa aku membazirkan seluruh hari untuk melukiskan dan menghiaskan suatu brosur yang sesuai bagi suatu projek di sekolah.
Sepanjang minggu pula, aku perlu ke sekolah dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam setiap hari demi untuk latihan intensif CCA kesayanganku; Malay Dance, supaya aku dapat menari seelegannya di pentas SYF. Pada hari Khamis, di mana aku selesai latihan CCAku awal, aku terpaksa menjejak kakiku di jalan Bencoolen untuk membuat kajian tentang sejarahnya bagi projek sekolah. Hanya pada hari Jumaat aku ada masa --- bukan masa untuk rehat. Sebaliknya masa bagi diriku menyelesaikan kesemua tugas sekolah yang tidak sempat aku sentuh; dari rumus-rumus Matematiks yang menyakitkan kepala kepada esei-esei tentang dunia politik dan propaganda.
Mungkin ada yang berdebat tentang adanya masa bagi ruangan peribadi pada waktu malam. Aku sampai rumah setiap malam dari CCA pada pukul 10. Tiap-tiap malam aku terburu-buru menyiapkan kerja rumah yang bertimbun-timbun di meja. Pernah suatu kali aku terlelap, dengan kepalaku tenggelam dalam buku-buku dan nota Sains oleh sebab terlalu lelah dengan kesibukan dunia.
Pada pagi Ahad, kononnya hari terakhir untuk aku bercuti dan berehat, aku harus menyiapkan bagasi untuk ke Asrama NJ petang nanti. Lihatlah hidupku yang sesak dengan kesibukan ini.
Hidup akademikku di NJ bagaikan sengsara. Aku penat tercungap-cungap mengejar nafas terburu-buru membuat ini, membuat itu. Aku penat tergesa-gesa melompat sini sana hanya untuk menghadiri acara tertentu. Namun aku sedar, aku ini hanyalah seorang murid. Seorang murid yang belum capai umur 14 ataupun capai ketinggian 1.5m. Belum lagi bekerja atau pulang rumah pada pukul 3 pagi. Kita semua terlalu ketagih mengeluh dan mengerang tentang betapa banyaknya kerja tetapi betapa sedikitnya masa yang kita ada sehingga kita alpa dan merasakan bahawa masalah kita boleh diselesaikan sendiri. Kita tidak menghargai apa dan siapa kita ada. Hakikatnya, tanpa mereka yang membimbing, seseorang itu kemungkinan besar tidak akan dapat meneruskan hidup sibuknya. Aku perlu bersyukur kerana aku masih ada keluarga yang menyanjungiku serta teman yang sentiasa melindungi dan mendengar rintihan hatiku. Aku tidak keseorangan.
Masih aku teguh, mampu melaksanakan tugas-tugas, berlatih untuk SYF, membuat kajian dan sebagainya hanya kerana mereka yang telah mendorongku. Aku ingin membanggakan kedua ibu bapaku dengan pencapaian yang luar biasa. Aku ingin tunjukkan kepada semua bahawa seorang gadis kecil yang sering terperangkap dalam alam lain dapat mencapai kejayaan, dalam semua aspek, seperti mereka yang boleh lakukannya. Aku berdaya mengatasi kesibukan 'cuti sekolahku' kerana aku ingin buktikan pada diriku bahawa aku boleh melakukan segala sesuatu sekiranya aku benar-benar fokus dan memberikan seluruh tenagaku kepadanya. Dan ternyata aku boleh.
INTAN NURSHAKINAH JH201
Selalunya, aku tidak sabar menantikan cuti sekolah. Tetapi tahun ini berbeza. Pada minggu sebelum cuti sekolah, guru-guruku telah memberi banyak kerja-kerja untuk diselesaikan. Aku sudah mula berasa tertekan.
Pada pagi hari Sabtu, aku berehat dan bermain komputer sebentar. Aku harus berehat selepas beberapa minggu di sekolah membuat projek dan kerja sekolah. Selepas itu, apabila kakakku sudah bangun, aku disuruh membersihkan rumah bersam adikku. Setiap hari Sabtu memang rutin kita untuk membersihkan rumah. Selepas itu, aku menonton television bersama kakakku. Hari Sabtu itu adalah hari yang paling santai.
Malangnya, aku tidak boleh berehat lama. Aku harus selesaikan kerja sekolah yang banyak. Oleh kerana itu, malam itu diluangkan untuk membuat kerja sekolahku seperti brosur GS dan tugasan Matematiks. Malah, aku tidak dapat menghabiskan kerja-kerja sekolah itu.
Pada hari Ahad pula, aku harus pergi ke kelas agamaku. Selepas kelas agamaku, aku meneruskan kerja-kerja sekolah. Tetapi, tidak dapat selesaikan tugasan-tugasan tersebut.
Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, aku pergi ke sekolah untuk latihan choir. Oleh kerana SYF kita tidak lama lagi akan tiba, kita harus mengadakan banyak latihan. Apabila aku pulang dari latihan-latihan ini, aku berasa letih dan tidak mampu untuk membuat kerja sekolah.
Pada hari Jumaat dan Sabtu pula, aku cuba menghabiskan kerja-kerja sekolah yang ada. Aku dapat menghabiskan separuh kerja sekolahku. Hari Ahad pun tiba, hari yang terakhir pada minggu itu dan juga hari yang semua pelajar JH2 harus memasuki asrama. Pada pagi hari itu, aku bersiap sedia untuk ke asrama. Di asrama, aku menghabiskan kerja-kerja sekolah yang belum diselesaikan.
Pada pendapatku, percutian sekolah minggu Mac pada tahun ini agak sibuk. Walaupun aku dapat berehat, aku berasa bahawa percutian sekolah pada tahun ini tidak panjang. Aku harap percutian sekolah pada bulan Jun akan lebih santai.
NAIMI NASSER JH201
Cuti sekolah saya amat sibuk dengan banyak aktiviti berbeza. Masa jalan dengan amat pantas sehingga seperti saya tidak mendapat bercuti sekolah. Saya terlibat dalam banyak aktiviti yang berkaitan dengan sekolah. Namun, ada juga aktiviti-aktiviti saya terlibat dalam yang bertujuan rekreasi.
Bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sekolah, saya perlu pulang ke sekolah empat kali pada minggu cuti sekolah itu untuk amalan kegiatan ko-kurikulum. Amalan-amalan kegiatan ko-kurikulum itu meluangkan banyak masa. Saya juga selalu berasa amat letih selepasnya kerana saya dalam kegiatan ko-kurikulum lari lintas alam dan amalan-amalannya selalu amat fizikal.
Saya juga ada kelas tambahan matematiks pada cuti sekolah itu. Walaupun kelas tambahan matematiks itu juga meluangkan masa saya, saya dapat memperjelaskan ragu-ragu saya. Saya juga dapat menyelesaikan kerja rumah matematiks saya.
Saya perlu bertemu dengan beberapa kawan saya untuk buat sesuatu projek sekolah kami. Projek itu meluangkan satu hari pada minggu cuti sekolah itu. Namun, saya menikmati membuat projek itu dengan kumpulan kawan saya itu.
Saya juga ada banyak kerja rumah untuk menyelesaikan. Saya mendapat kerja rumah daripada setiap subjek sekolah saya. Mula-mulanya, saya berfikir bahawa saya mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan kerja rumah saya itu. Namun, kebanyakan masa saya diluang untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.
Bagi aktiviti-aktiviti yang bertujuan rekreasi pula, saya dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga saya. Saya dapat menonton sesuatu wayang lucu dengan keluarga saya. Saya berseronok meluangkan masa dengan keluarga saya kerana saya jarang dapat meluangkan masa dengan mereka selain daripada cuti sekolah saya.
Saya juga dapat pergi membeli-belah untuk hadiah-hadiah hari jadi saya dengan keluarga saya. Kami tidak dapat membelinya pada hari jadi saya kerana terlalu sibuk dengan kerja kami masing-masing. Saya berasa amat gembira kerana dapat membeli beberapa barang baharu dengan keluarga saya.
Saya dapat menghadiri sesuatu jemputan saudara-mara saya. Saya dapat makan makanan yang amat sedap dan berseronok dengan saudara-mara saya. Saya belum dapat berseronok dengan mereka pada masa yang lama.
Masa-masa yang saya dapat meluangkan dan berseronok dengan keluarga dan saudara-mara saya membuat seminggu cuti sekolah itu amat bermanfaat. Saya perlu sesuatu waktu rehat kerana saya hanya mempunyai masa untuk bekerja selain daripada cuti sekolah itu. Saya juga jarang mempunyai masa untuk meluangkan dan berseronok dengan keluarga dan saudara-mara saya. Walaupun cuti sekolah saya tidak lama, saya menantikan cuti sekolah saya yang akan datang.
SABRINA YUSOFF JH201
Sebenarnya, percutian sekolah Mac pada tahun ini tidak begitu baik. Malah saya tidak merasakan bahawa minggu itu merupakan percutian sekolah!
Pada hari pertama percutian itu, saya bangun awal untuk pergi ke Boon Lay di mana saya bertemu dengan Aisyah, Arina dan Raudhah untuk menghadiri peringkat separuh akhir dalam Quiz Bidai Bahasa. Malangnya, kami tidak berjaya masuk ke peringkat akhir peraduan itu. Kami mengalah dengan 8 markah kurang dari sekolah yang berjaya, iaitu Sekolah Perempuan Crescent; Saya putih mata kerana kami telah mendapat peluang untuk memenangi peraduan tersebut dengan hanya menjawab satu soalan, namun kami terlambat. Selepas peraduan itu, saya dan Aisyah pergi ke Maktab Rendah Nanyang untuk menonton pertandingan Gema Puisi Artistik yang berakhir pada waktu petang.
Hari pertama saya sudah membuat saya sungguh letih. Hari seterusnya, saya mula membuat kerja sekolah yang bertimbun-timbun. Namun saya tidak menyelesaikan apa-apa kerana tidak bermotivasi untuk menumpukan fokus.
Hari Selasa, Rabu dan Khamis dihabiskan di latihan choir. Saya tidak dapat menyelesaikan kebanyakan kerja sekolah kerana latihan-latihan ini. Tambahan pula, saya diberikan beberapa projek berkumpulan dan tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan projek kami.
Pada hari Jumaat dan Sabtu, saya cuba menyelesaikan kerja sekolah saya. Hari Ahad pula merupakan hari saya perlu pergi ke hostel sekolah.
Percutian sekolah ini tidak memberikan saya masa untuk berehat langsung. Kadang-kala, saya merasakan bahawa guru-guru di sekolah menganggap percutian sekolah sebagai masa untuk menyelesaikan kebanyakan kerja sekolah dan terutamanya, projek berkumpulan. Ada kalanya mereka berkata bahawa mereka juga mendapat banyak kerja untuk menyemak; tetapi pada pendapat saya, kerja mereka lebih senang; mereka sudah tahu jawapan yang tepat!
Sebenarnya, percutian sekolah Mac pada tahun ini tidak begitu baik. Malah saya tidak merasakan bahawa minggu itu merupakan percutian sekolah!
Pada hari pertama percutian itu, saya bangun awal untuk pergi ke Boon Lay di mana saya bertemu dengan Aisyah, Arina dan Raudhah untuk menghadiri peringkat separuh akhir dalam Quiz Bidai Bahasa. Malangnya, kami tidak berjaya masuk ke peringkat akhir peraduan itu. Kami mengalah dengan 8 markah kurang dari sekolah yang berjaya, iaitu Sekolah Perempuan Crescent; Saya putih mata kerana kami telah mendapat peluang untuk memenangi peraduan tersebut dengan hanya menjawab satu soalan, namun kami terlambat. Selepas peraduan itu, saya dan Aisyah pergi ke Maktab Rendah Nanyang untuk menonton pertandingan Gema Puisi Artistik yang berakhir pada waktu petang.
Hari pertama saya sudah membuat saya sungguh letih. Hari seterusnya, saya mula membuat kerja sekolah yang bertimbun-timbun. Namun saya tidak menyelesaikan apa-apa kerana tidak bermotivasi untuk menumpukan fokus.
Hari Selasa, Rabu dan Khamis dihabiskan di latihan choir. Saya tidak dapat menyelesaikan kebanyakan kerja sekolah kerana latihan-latihan ini. Tambahan pula, saya diberikan beberapa projek berkumpulan dan tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan projek kami.
Pada hari Jumaat dan Sabtu, saya cuba menyelesaikan kerja sekolah saya. Hari Ahad pula merupakan hari saya perlu pergi ke hostel sekolah.
Percutian sekolah ini tidak memberikan saya masa untuk berehat langsung. Kadang-kala, saya merasakan bahawa guru-guru di sekolah menganggap percutian sekolah sebagai masa untuk menyelesaikan kebanyakan kerja sekolah dan terutamanya, projek berkumpulan. Ada kalanya mereka berkata bahawa mereka juga mendapat banyak kerja untuk menyemak; tetapi pada pendapat saya, kerja mereka lebih senang; mereka sudah tahu jawapan yang tepat!
FARAH IZZAH JH202
Pada pendapatku, cuti sekolah bulan mac sungguh sibuk. Aku perlu ke
sekolah atau keluar untuk membuat projek hampir setiap hari pada
minggu itu. Pada hari yang tidak perlu aku ke sekolah pun, masa
luang aku digunakan untuk menyempurnakan projek itu atau menyelesaikan kerja
sekolah lain. Tambahan lagi, pelajar JH2 akan tinggal di asrama sepanjang penggal dua tahun ini. Oleh itu aku perlu mengemas dan menyiapkan barang-barang yang akan dibawa ke sana.
sekolah atau keluar untuk membuat projek hampir setiap hari pada
minggu itu. Pada hari yang tidak perlu aku ke sekolah pun, masa
luang aku digunakan untuk menyempurnakan projek itu atau menyelesaikan kerja
sekolah lain. Tambahan lagi, pelajar JH2 akan tinggal di asrama sepanjang penggal dua tahun ini. Oleh itu aku perlu mengemas dan menyiapkan barang-barang yang akan dibawa ke sana.
Pada hari isnin, aku disuruh pergi ke sekolah untuk gitar dan itu
sahaja memakan masa dua jam. Sebaik aku pulang sahaja dari sekolah, aku bergegas menyelesaikan kerja sekolah. Hari Selasa pula hampir setiap minit dibazirkan bagi
menghabiskan kerja sekolah.
Hari seterusnya, Rabu, aku telah ke sekolah untuk menghadiri kelas sains selama setengah jam sahaja walaupun kelasnya patut memakan masa sejam. Namun guru sains aku terlupa tentang kelas tersebut. Itu menyebabkan kelas pada hari itu berlangsung hanya setengah jam. Walau bagaimanapun, kami sekelas tetap mengambil masa hampir satu setengah jam kerana masih menunggu guru sains kami. Selepas itu, aku pergi ke republic polyteknik untuk
menonton latihan gitar untuk SYF di sana. Selain sekolah kami yang mempunyai dua persembahan, satu kumpulan dari menengah dua hingga empat dan lagi satu dari pelajar maktab rendah satu dan dua. Ada juga sekolah-sekolah lain di sana seperti sekolah dunman high dan raffles Institution. Persembahan mereka sedikit membosankan bagiku kerana lagu-lagu yang mereka main adalah lagu klasik. Tambahan pula, tempat itu sungguh sejuk hinggakan aku mahu tidur. Walaupun persembahan mereka menjemukan, ku masih dapat kebaikan dari menontonnya, iaitu ku akhirnya dapat mendengar bagaimana lagu berbunyi jika mereka semua berkumpul dam bermain sebagai satu. Jadi, menontonnya masih ada
sekurang-kurangnya satu kebaikan.
Hari khamis pula aku ke sekolah untuk bertemu bersama rakan-rakanku dan mulakan projek LA kami. Selepas itu, aku bertemu bersama arina dan kami terus ke victoria street di bugis untuk membuat projek GS kami. Kami mengambil banyak gambar, berbual banyak, belajar banyak tentang tempat tersebut dan bangunan-bangunan di sana seperti bangunan perpustakaan Nasional, masjid, kuil dan gereja-gereja sepanjang jalan itu dan berbuat macam-macam lagi. Kami berdua juga makan tengah hari di sana dan sesudahnya kami puas dengan gambar-gambar yang kami ada dan informasi tentang seluruh jalan victoria seperti lokasinya, kami pun pulang ke rumah, tetapi projek itu masih belum selesai. Kami pulang ke rumah dan membuat lebih kajian tentang jalan victoria dan menulis laporan serta membuat sekeping brosur yang harus dihasilkan dan dihantar dengan laporan tersebut.
Lain-lain hari pada cuti sekolah itu agak jemu kerana kebanyakan masanya digunakan bagi menyelesaikan kerja sekolah dan projek. Selain itu, aku juga membuang banyak masa mengemas barang-barang untuk boarding, terutamanya kerana aku tidak ada banyak barang dan hari sabtu diluangkan bagi menyiapkan barang-barang ini, walaupun ku kadang-
kala bermain dan membuang masa kerana malas ingin menyiapkan barang-barang tersebut. Ini menyebabkanku bangun pagi hari ahad hanya untuk menghabiskan tugas itu.
Secara keseluruhan, aku berpendapat bahawa masa cuti sekolah bulan macku telah dibuang begitu sahaja kerana aku tidak habis-habis membuat kerja sekolah, walaupun aku sebenarnya boleh keluar bersama rakan-rakanku. Aku juga sebenarnya ingin menggunakan masa cuti sekolah untuk tidur lebih lagi tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan ini semua
berlaku, ku tetap menyelesaikan semua kerja sekolah dan projek yang diperlukan.
NURARINA RUZANNA JH202
Pada cuti sekolah bulan Mac, saya tidak ke mana-mana untuk makan angin kerana ibu bapa saya bekerja. Pada 15hb Mac, saya tinggal di rumah bersendiri kerena ibu bapaku bekerja dan kakak saya pula keluar untuk aktiviti-aktiviti sekolahnya, Politeknik Sigapura.
Pada pagi itu, saya bangun lewat. Setelah bersarapan dan membuat perkara-perkara yang tidak berguna, tiba-tiba, hujan lebat. Saya dengan cepat menutup tingkap-tingkap rumah supaya tidak basah. Sedang saya menutupi tingkap di balkoni, saya ternampak sesuatu serangga yang bertebang. Tidak lama kemudian, saya ternampak dua.
Saya terperanjat dan takut. Saya terus bergegas ke bilik saya dan mengambil semburan untuk menghapuskan nyamuk, kerana saya tidak mempunyai semburan untuk serangga tersebut, yang setelah diberitahu Dewan Bandar, ialah lebah-lebah.
Setelah menyemburkan semburan tersebut ke dalam alat penguat suara, segerombolan labah-labah keluar dari alat tersebut. Saya terasa takut kerana lebih labah-labah berterbang ke sini sana di ruang tamu saya. Dalam ketakutan, saya menggunakan semburan tersebut dengan banyak sehigga rumah saya berbau busuk.
Dalam ketakutan, saya berjalan dengan perlahan-lahan ke bilik saya untuk mengambil telefon bimbit saya lalu menelefon ibu saya untuk menyuruh beliau pulang dari kerjanya. Malangnya, ibu saya tidak setuju. Beliau menyuruh saya masuk ke dalam biliknya dan menguncikan pintunya sehigga beliau pulang, iatu pada pukul 6 petang. Saya memeluk kucing saya dalam ketakutan lalu menuju ke tandas untuk mandi.
Setelah ibu saya pulang, saya membuka pintu bilik. Ibu saya mengata bahawa semua labah-labah sudah mati akibat semburan nyamuk tersebut. Apabila saya keluar dari bilik dan melihat labah-labah yang sudah mati, saya berasa sungguh geli. Labah-labah tersebut semuanya menutupi lantai rumah saya di ruang tamu. Ibu saya pula cuba mengemas tempat tersebut dengan menyapu labah-labah tersebut, yang jumlahnya lebih dari seratus.
Beberapa minit kemudian, jiran saya dating ke mari untuk melihat keadaan rumah saya. Dia berkata bahawa serangga tersebut adalah labah. Tidak lama kemudian, ayah saya pula pulang dari tempat kerjanya. Pada masa itu, kami bertiga duduk makan malam di dapur. Tiba-tiba, lonceng terbunyi. Ayah saya membuka pintu dan di luar terdapat tiga pegawai "Pest Control" yang telah dihubungi Dewan Bandar. Mereka berkata bahawa labah-labah tersebut teah dating dari hutan berdekatan dan kerana hujan, labah-labah tersebut mencari tempat tinggal di rumah saya.
Hari itu sungguh menakutkan tetapi saya telah mempelajari sesuatu dari perkara ini, iatu semburan untuk menghauskan nyamuk juga boleh digunakan untuk menghapuskan labah-labah.
ILI NURSYAZA JH202
http://depositfiles.com/files/gbazl4se1
No comments:
Post a Comment