Thursday, September 22, 2011

Besar Nanti...

Cerpen Besar Nanti oleh Aisyah Lyana (:


Percaya atau tidak, Hariz adalah anak ibu. Mungkin ibu belum kenali Hariz lagi kerana Hariz baru sahaja berumur tiga minggu.  Mungkin ibu tidak pernah impikan kewujudan Hariz. Namun tidak mengapa, sebentar lagi ibu akan ketahui lebih lanjut lagi tentang diri ini, Hariz janji. Nama yang sudah ditakdirkan untuk Hariz ialah Hariz bin Zuhairi. Hariz ada sepasang mata coklat yang sentiasa berkerlipan dan rambut lembut yang diselimuti warna kopi manis – macam ciri-ciri ibu.  Memang pun Hariz belum memiliki ini semua, tetapi Hariz akan dikurniakan anggota-anggota badan ini tiba waktunya. Hariz amat gembira kerana sudah lima tahun ibu nantikan seorang cahayamata.

Ibu sungguh girang bagai burung camar yang berterbangan bebas di langit. Hari ini merupakan hari yang paling gemilang dalam hidup ibu. Seorang bijak yang digelar doktor itu telah mengesahkan kewujudan Hariz dalam rahim ibu. Ibu bagaikan tidak percayakan cuping telinganya. Tanpa disedari, sebutir manik yang berkilat menitis dari kelopak matanya – tanda kesyukuran.  Hariz dapat rasakan perasaan ghairah bergelombang di hati ibu. Pasti ibu tidak sabar menyebarkan khabar mengejutkan ini kepada semua orang. Pulang dari kamar itu, ibu hanya fikirkan tentang Hariz sepanjang hari sambil mengukir sekuntum senyuman. Hariz suka apabila ibu senyum; Hariz turut ikut sama. Senyuman ibulah perkara pertama yang akan Hariz lihat apabila keluar nanti. Apabila besar nanti, Hariz ingin menjadi seorang doktor supaya dapat menggembirakan mereka yang bakal menjadi ibu.

Hari mengganti hari, bulan terus merangkak. Ibu menghitung jarinya. Sementara menunggu kepulangan ayah, Hariz sudah tumbuh sepasang tangan dan kaki. Akhirnya ibu dapat lihat Hariz: perut ibu semakin besar bagaikan belon mengembung setiap saat berdetik. Ibu bangga akan Hariz! Ibu sering dendangkan lagu untuk Hariz. Hariz gemar dibuai kemerduan suara ibu. Nyanyian ibu tidak pernah gagal menggembirakan Hariz setiap hari. Apabila ibu bercakap dengan Hariz, Hariz rasa disayangi. Tunggu sahaja apabila Hariz mempunyai suara. Akan Hariz luahkan segalanya kepada ibu. Hariz suka apabila ibu meletakkan kedua tapak tangan di perut ibu. Hariz berasa selamat dan dilindungi. Sungguh selamat. Hariz boleh menggerakkan anggota badan sekarang. Hati ibu telonjak gembira apabila ibu dan nenek pergi membeli baju-baju bayi untuk Hariz tetapi tiada yang memikat hati ibu. Ibu memutuskan untuk menjahitkan baju untuk Hariz. Sedang menjahit, jarum tajam sekonyong-konyong menusuk jari ibu. Lantas ibu mencuci jarinya. Apabila dilahirkan nanti, Hariz akan menjadi bayi yang paling sempurna untuk ibu dan tidak akan biarkan ibu cedera di mana-mana bahagian tubuh.  Hariz amat menyayangi ibu.

Hari yang dinanti-nantikan itu tiba. Ayah akhirnya pulang setelah tiga bulan bekerja di Amerika. Ibu tidak dapat menahan sabarnya ingin memberitahu semua tentang Hariz. Hariz juga tidak sabar ingin mendengar suara dan reaksi ayah. Ayah terperanjat bukan main kepalang lagi tatkala melihat ibu berbadan dua. Tanpa amaran, tangannya lekas melemparkan pukulan. Hariz boleh rasakan ibu jatuh ke belakang. Kesan merah tertera pada sebelah kanan muka ibu. Ibu berhujan airmata. Tangisan.  Suatu bunyi yang Hariz bencikan. Hariz berasa gelisah dan khuatir akan keadaan ibu. Ibu dan ayah berteriak antara satu sama lain. Ayah meludahkan kata-kata kesat kepada ibu. Ayah asyik mengulangi pertanyaan, pernyataan dan perkataan yang sama, “Kau mengandung anak siapa?”, “Pasti kau curang sewaktu aku ke luar negara!” dan “Mustahil!” Jelas, ayah marah dan tidak sukakan kewujudan Hariz. Namun setelah itu, ayah mendakap ibu, meminta maaf dan mengatakan bahawa dia amat menyayangi ibu. Ibu, Hariz tidak faham, adakah benar ayah menyayangi ibu? Kalau benar, mengapa ayah sanggup mencederakan ibu? Di mata ibu, mungkin ayah itu baik. Namun, Hariz rasa ayah itu kejam.

 Tujuh hari berlalu. Mereka bertengkar terusan akan perihal yang sama. Ibu, mengapa ayah tidak percaya yang Hariz ini anak ayah? Bukankah ayah sepatutnya gembira akan mendapat seorang anak setelah lima tahun menunggu? Mengapakah ayah bencikan Hariz? Apa salah Hariz? Hariz dapati ibu tidak lagi bercakap dengan Hariz. Adakah semuanya baik-baik saja?

Pada suatu malam, ayah pulang rumah. Baunya hapak dan dia tidak bercakap dengan betul. Jalannya tidak lurus dan tiap-tiap kali dia terjatuh ke lantai. Matanya yang merah tidak dibuka, tidak ditutup. Pertengkaran masih berulang walaupun keadaannya sebegitu. Dia asyik menimbulkan perkara tentang kandungan bayi. Dia sering menyebut, “Hapuskan…” dan katakan “Tidak mungkin kerana saya ada azoospermia. ” Apa itu azoospermia? Ibu cuba tenangkan ayah. Tiba-tiba ayah memukul ibu lagi. Dia mengugut. Ibu menangis tanpa henti di biliknya yang dikunci. Hariz rasa ibu hiba dan sakit. Bila besar nanti, Hariz janji akan melindungi dan menyelamatkan ibu daripada terus dipukul oleh ayah. Hariz akan bertarung nyawa sekalipun demi untuk ibu.

Ibu tidak pernah berborak atau membelai Hariz semenjak ayah pulang. Hariz cemas. Ibu dah tak sayangkan Hariz lagi, ke? Hariz masih sayangkan ibu. Masa ibu tidurlah satu-satunya waktu Hariz dapat rasakan ibu. Ibu tidur mereng sambil memeluk perut ibu. Hariz berasa selamat. Mengapa ibu tidak berbuat sedemikian apabila bangun setiap pagi?

Hari ini Hariz sudah berusia 20 minggu. Ibu tidak banggakan Hariz? Hari ini kita menuju ke suatu tempat yang baharu. Hariz sungguh ghairah! Ibu, kita berada di hospital, bukan? Hariz tidak sabar ingin keluar. Hariz sudah beritahu ibu yang Hariz azamkan menjadi seorang doktor. Hariz harap ibu seghairah Hariz. Hariz tidak sabar.

…Ibu, Hariz berasa khuatir dan takut. Jantung ibu berdebar-debar sepantas kilat. Hariz tidak tahu apa yang difikirkan ibu. Doktor sedang bertutur dengan ibu. Ibu, Hariz rasa suatu perkara akan berlaku sebentar lagi. Tolonglah, beritahu Hariz yang ibu sayangkan Hariz. Hariz amat menyayangi ibu.

Ibu, ibu! Apa yang sedang mereka lakukan pada Hariz? Sungguh perit! Pedih! Aduh, ibu, hentikan mereka! Sakit! Ibu, tolong Hariz, hentikan mereka! Jangan sentap tangan Hariz! Oh, kaki Hariz putus bu! Hancur kepala Hariz! Tapi hati Hariz lebih hancur Bu! Ibu!!

Ibu. Jangan risau, Hariz dikelilingi malaikat di suatu tempat sempurna yang dinamakan ‘Syurga’. Walaupun nikmat di sini, Hariz masih inginkan bersama ibu, hidup di dunia, lindungi ibu dan menjadi doktor. Ibu tak sayangkan Hariz lagi, ke? Tergamak ibu lakukan ini. Hariz sungguh menyayangi ibu. Apakah salah Hariz, ibu? Walaupun memeritkan dihantar ke alam lain sebegini, sesungguhnya Hariz lebih sedih kerana ibu tidak mahu membela Hariz. Hariz cuma ingin hidup melihat senyuman ibu dan apabila besar nanti, Hariz nak menjadi doktor.  Salahkah bu?  Bencikah ibu pada Hariz?
Hariz sayangkan ibu…

Setiap pengguguran bermaksud satu jantung yang tidak akan berdegup lagi, suatu suara yang tidak akan pernah didengari, sepasang mata yang tidak akan pernah melihat, sepasang tangan yang tidak akan pernah menyentuh, sepasang kaki yang tidak akan pernah berlari…dan suatu nyawa yang tidak akan pernah hidup.

Ibu membuka surat doktor lalu membaca bersama ayah. Terdapat pernyataan yang amat mengejutkan; “Zuhairi mempunyai kondisi “azoospermia” di mana dia tidak dapat menjana mani dan tidak dapat memiliki anak. Namun, kondisinya telah membaik sejak setahun lalu kepada kondisi  “oligospermia” yang bermaksud mani boleh dijana, walaupun jumlah mani itu agak sedikit. Kondisi “oligospermia” ini membolehkan isteri mendapat anak.” Sah, janin itu mempunyai DNA daripada kedua ibu bapa. Ibu mengalihkan pandangannya ke arah ayah. Perasaan kesal merasuk tubuh ibu. Iris matanya pudar… 

Friday, August 12, 2011

Remaja, jagalah penampilanmu...

Karangan Perbincangan: “Mengapakah seorang remaja perlu menjaga penampilannya?”

        Pernahkah anda sedar berapa lama anda perlukan untuk menyiapkan diri sebelum menjejak kaki ke luar rumah? Terlintas di fikiran anda mengapa masa persiapan yang diambil begitu lama? Berapa banyak kali anda menyoal diri jika wajah di cermin itu kelihatan sempurna? Sejak bila anda mengambil berat tentang penampilan diri anda? Sekerap manakah anda ingin dilihat anggun atau tampan di mata orang? Esei ini akan membincangkan betapa pentingnya menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi bagi seorang remaja.
        Bagi kebanyakan orang, zaman remaja masing-masing adalah jangka masa yang paling gemilang. Pada waktu ini, remaja mula matang dan perasaan terhadap golongan jantina yang lain mula terbentuk, setelah para remaja juga akan menjadi lebih prihatin tentang penampilan diri. Untuk tujuan menarik perhatian orang atau memikat hati; itulah sebab-sebabnya remaja mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan diri.
        Para remaja perlu menjaga penampilan dirinya. Selalunya, masyarakat kita menganggap kita berdasarkan cara kita bergaya apabila kita di luar. Cara gaya atau pakaian seseorang itu mencerminkan personaliti dirinya. Contohnya, seseorang yang tidak menyelitkan baju dalam seluar, mempunyai kolar ternaik, rambut yang tidak terurus dan kelihatan comot atau kotor sering dikaitkan sebagai seorang yang malas, kurang bersih dan tidak bermoral. Namun seseorang remaja perempuan yang betudung dan berpakaian kemas menutup aurat apabila keluar bersama kawan-kawan sering dianggap sopan, bersih, patuh dan baik pada pandangan pertama. Ini menunjukkan perbezaan besar di antara pandangan pertama terhadap seseorang itu hanya dengan cara gaya mereka.
        Selain cara gaya pemakaian, cara seseorang itu bertutur juga dinilai orang ramai. Contohnya, seorang remaja yang menggunakan “Aku” dan “Kau” apabila berborak bersama pakcik-pakcik tua dikirakan biadap manakala seseorang perempuan itu dianggap lemah-lembut dan sopan pada pandangan pertama jika dia menggunakan “saya” dan “awak” ketika bertutur. Remaja perlu bijak menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai mengikut konteks atau masa-masa tertentu agar tidak disalahfahamkan orang ramai.
        Cara kita berjalan, atau perbuatan kita, turut menjadi factor dalam penilaian diri kita terutama anggapan pertama. Jika selalu berjalan tegak, seseorang itu dianggap yakin dan konfiden tetapi jikalau sering berbongkok, dikatakan pula senang letih atau lemah. Kelakuan kita di tempat awam juga termasuk dalam penampilan diri. Misalnya, seseorang perempuan yang terpekik-terlolong dan terkangkang apabila dia duduk digolongkan dalam kategori “Minah rep”. Namun, seseorang yang membaca buku Sains kononnya digolongkan dalam kategori “Nerd”.
        Menjaga penampilan diri teramatlah penting kerana orang menilai diri kita. Selalunya, anggapan pertama mempunyai impak besar kerana apa yang dilihat pada orang itu melambangkan personality dirinya. Contohnya pada suatu temuduga untuk ke universiti yang berprestij, terdapat dua orang murid yang sama pintarnya. Namun pada hari temuduga tersebut, seseorang itu datang berpeluh-peluh dengan rambut yang berserabut dan pakaian yang kotor tetapi yang satunya kelihatan bersih, yakin dan berbau wangi. Tentunya murid kedua itu akan mendapat peluang yang lebih tinggi untuk menyertai institusi tersebut.
        Penampilan seseorang itu bukan sahaja, malah mencerminkan caranya diasuh ibu bapa. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Selalunya asuhan yang baik mempengaruh orang itu agar menjaga tatatertib dan pertuturan. Oleh itu, penampilan remaja sebagai seorang anak boleh mencemari atau mengharumkan nama baik keluarganya. Dalam kata lain, penampilan seseorang itu adalah suatu factor dalam penilaian latar belakang keluarganya.
        Penampilan seseorang itu menarik kawan-kawan baru yang mempunyai cirri-ciri yang sama. Kononnya, dua orang sahabat ini berkawan apabila mereka sedari akan cita rasa yang sama. Ini agak membahayakan bagi remaja yang tidak pandai menjaga imejnya kerana boleh menarik sahabat-sahabat yang kurang baik atau kurang bermoral. Teman-teman sedemikian boleh mempengaruh remaja tersebut dalam membuat keputusan yang salah atau melaksanakan kerja-kerja atau kelakuan yang salah atau haram. Tambahan pula, oleh sebab kawan-kawan beginilah, hidup remaja itu mungkin akan dihina dan dipandang rendah. Sekali lagi saya tekankan, imej yang ditonjolkan remaja ini patut diambil berat.
       Kesimpulannya, imej remaja penting kerana diri remaja dianggap berdasarkan pertuturan, kelakuan dan cara gaya. Penampilan diri mempengaruh pandangan orang ramai terhadap cara didikan remaja tersebut; dan juga menarik rakan-rakan yang mempunyai cita rasa yang sama. Namun, saya ingin tekankan kepada masyarakat tentang sifat diskriminasi yang tidak perlu wujud. Kita tidak bolehlah terus menggolongkan orang atau stereotaip-stereotaip atau memandan rendah terhadap orang lain kerana tidak kesemua anggapan pertama adalah benar. Oleh sebab kita in manusia yang kerap membuat kesilapan, fikiran atau pendapat mungkin terpesong mengikut perasaan terhadap sesuatu. Perlulah kita sentiasa menjaga atau mengawasi cara kita membuat penilaian agar terhapuslah sifat diskriminasi itu. 

Friday, July 29, 2011

aku bangga menjadi orang Melayu.

Hari ini adalah hari terakhir Bulan Bahasa. Aku agak kecewa dengan diriku. Akibat kesibukan dengan hal-hal sekolah, aku tidak mampu mengetepikan masa untuk menandingi pertandingan-pertandingan atau menghadiri acara-acara berfaedah yang dianjurkan sempena kempen Bulan Bahasa. Aku baru sedar bahawa Bulan Bahasa telah menyumbangkan dan menjalankan idea-idea segar dan baru, serta mengmbil inisiatif untuk merakamkan lagu-lagu rakyat dalam bahasa Melayu. Namun, hendakku sentuh satu aspek, iaitu penggunaan bahasa Melayu kita.


Dalam isu penggunaan bahasa ibunda kita, kita, sebagai orang Melayu sendirilah yang memilih mahu atau tidaknya menggunakannya.


Guna atau tidak, itu adalah pilihan kita.


Aku agak sedih kerana bertutur dalam bahasa Melayu semakin sukar bagi diriku. Kini aku asyik tergagap-gagap melafazkan perkataan-perkataan dalam bahasa ibunda ini. Seringkali perlu diriku ini fikirkan terjemahan bagi patah-patah perkataan Inggeris kepada Melayu. Aku semakin kekok berbual dalam bahasa Melayu. Semacam sudah tidak natural bagi dirikuMungkin sebabnya ialah aku menuntut di sebuah sekolah di mana murid-murid Melayu di sana tidak biasa atau tiada minat dalam penggunaan bahasa Melayu. 


Sungguh menghampakan, bukan? Aku rasakan bahawa anak-anak Melayu yang berpendidikan tinggi atau sudah berjaya berasa malu dibesarkan sebagai seorang Melayu. Aku harapkan bahawa walhal ini tidaklah benar, kerana bagi diriku sendiri, aku sangat meminati sastera dan menulis cerpen-cerpen, tetapi sayangnya aku kesuntukan masa.  


Pada pendapatku jika kita tulus dalam menggunakan bahasa Melayu, kita dapat menyebarkannya dan menggalak lebih ramai orang menggunakan bahasa Melayu. 
Usahlah kita terus memperkata perkara-perkara negatif tentang penggunaan bahasa ini dan sebaliknya bangga menggunakannya, walaupun hanya satu ayat sehari. 


Aku mempunyai kawan-kawan Cina rakyat Malaysia. Sejujur-jujurnya, aku akui bahawa aku amat kagum dengan cara mereka menggunakan bahasa Melayu baku dengan begitu sopan dan lantang tanpa ada perlunya menggunakan sepatah perkataan Inggeris pun. Manakala di tanah ini, suara-suara Melayu hampir tidak kedengaran bertutur dalam bahasa ibunda. Jika ada pun, pertuturan-pertuturan hanya didengar di dalam kelas HML. Bila digunakan pun hanya terpaksa semata-semata. 


Tidak malukah kita apabila orang yang berbangsa lain bertutur bahasa kita dengan begitu fasihnya, tetapi kita sebagai orang Melayu langsung tidak boleh mengungkap sepotong ayat tanpa kesilapan bahasa? Masakan orang Melayu tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu apbila bangsa-bangsa lain pandai bertutur dalam bahasa kita?


Di sekolah juga, rakan-rakan Cinaku yang pelajari Bahasa Melayu asas mengungkap ayat-ayat mudah seperti; "Saya sangat gembira.", "Selamat berkenalan." dan "Maafkan saya.". Memang benar, ayat-ayat demikian kosa kata dan strukturnya mudah. Namun, berapa banyak kali kita gunakan ayat-ayat itu? Bagi diriku, aku rasa sudah bertahun-tahun aku tak gunakan perkataan "gembira" dalam percakapan harian. Malang sungguh. 


Kita wajar menyokong kuat usaha Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dalam melestarikan Bulan Bahasa kerana sokongan padu adalah penting bagi menjayakan usaha memperjuangkan bahasa Melayu. 


Inginku ambil contoh Kempen Bertutur Bahasa Mandarin. Menurut kenalanku, rata-rata penggiat bahasa itu juga mengalami cabaran serupa dengan kita dalam melestarikan bahasa mereka. Walaupun sekarang mereka sudah bertapak lebih 20 tahun, mereka masih lagi meneruskan usaha mereka itu. Nampaknya generasi muda Singapura sudah terpesong jalan dipengaruhi bahasa dan budaya Barat. 


Mungkin kita tidak akan berjaya 100%, tetapi kita perlu terus tunjukkan kesungguhan dalam melakukannya. Warisan masa depan perlu memperjuangkan bahasa yang indah ini, jikalau tidak, lenyaplah bahasa, bangsa dan budaya Melayu.


Kesan positifnya ialah semua orang Melayu tahu tentang kewujudan Bulan Bahasa.
Bulan Bahasa juga bukan hanya terhad kepada golongan penggiat bahasa seperti para sasterawan dan penulis, bahkan kini melibatkan lebih banyak pihak dan lapisan masyarakat. Kita masih ada banyak ruang dan peluang mempertingkat pencapaian masyarakat dan bahasa Melayu ini.


Oleh itu, aku akan bekerja keras memperjuangkan bahasa ini dan menyatukan masyarakat Melayu di NJC kerana telah dilantik sebagai Presiden MLDDS bagi murid-murid berperingkatan Junior (Junior High MLDDS President). Aku tahu 
tanggungjawab yang diberikan agak berat kerana pelajar-pelajar Melayu di sekolahku tidak begitu minat atau gemar dengan bahasa Melayu, apalagi nikmati hablur bahasa ataupun turut sebarkan dan lestarikan bahasa Melayu bersamaku.


Namun, bak kata pepatah, tidak ada gunung yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah yang tidak dapat dituruni.


Oleh itu, apa pun yang bakal kita hadapi pada masa hadapan dalam penggunaan bahasa Melayu, marilah kita melaluinya dengan tangan terbuka. 


Akanku laksanakan tanggungjawabku dengan bersungguh-sungguh...sebagai seorang anak Melayu, seorang penggiat bahasa Melayu dan seorang ketua Melayu...kerana aku bangga menjadi orang Melayu.




Biarlah ringan sama-sama kita jinjing dan berat sama-sama kita memikulnya. Bersatu kita teguh...

Tuesday, July 5, 2011

setakat nama sahajakah?

      Seperti sekolah lain di Singapura, maktab rendah yang aku tuntut ini juga mengadakan perhimpunan pada setiap pagi sebelum pelajaran bermula. Frasa-frasa yang sering diungkapkan telah menjadi kebiasaan di gegendang telinga. "Maktab!", "Maktab sedia!", "Luruskan barisan!", "Maktab diam!" Inilah ungkapan-ungkapan yang sudah menjadi isyarat yang dibiasakan bagi kami semua. Semua yang hadir pada perhimpunan berdiri tegak tanpa pergerakan sebagai tanda hormat kepada bendera Singapura dan Maktab. Kumpulan Band sekolah dengan bangganya menjalankan tugas, membuktikan kehebatan mereka bermain instrumen dan alat muzik tersendiri. Kumpulan Choir pula berdiri di hadapan tangga Atrium, berlapang dada menunjukkan merdunya suara. Namun, apabila muzik bermula...


     Aku sedar, tiada seseorang yang berada di barisan pun mengeluarkan suara. Kebanyakan hanya berkumat-kamit. Cuma bibir yang bergerak. Suaranya tidak kedengaran. Segelintir pula tidak bernyanyi langsung. Kalau ada pun, mereka yang menyanyikan lagu Kebangsaan hanya bernyanyi tanpa semangat. Seakan bernyanyi hanya demi untuk...menyanyi. Aku sedar, tiada yang bernyanyi untuk negara atau sekolah sendiri.


Oleh itu, aku pulang menulis ulasan ini. Kami ini NJC. Maktab Rendah Kebangsaan. Maktab Rendah yang tertua di Singapura. Kebangsaan. Kami dibina oleh negara pada suatu ketika dahulu untuk membanggakan negara, memperjuangkan ketua-ketua yang berbakat untuk bersumbang kepada masyarakat. Dengan mottonya: College of the Nation: Home of scholars and leaders who serve with honour. Kononnya kami dianugerahkan 2 anugerah NE yang berprestij. Bolehkah diapplikasikan kepada realiti anugerah itu? Sesuaikah kami digelar sebagai kolej Kebangsaan? Apabila pada hakikatnya tiada yang dalam barisan patriotik atau peduli untuk menyanyikan lirik-lirik lagu Kebangsaan yang dahulunya amat dihormati?


 Adakah kami ini memang Kolej untuk Kebangsaan...setakat nama sahaja? /:

Wednesday, May 11, 2011

biru.

BIRU.


          Matahari masih berduka dan malu menampakkan wajah. Awan gemawan kelabu berarak mendung diikuti angin kencang. Dari penjuru stesen MRT, dapat aku lihat unggas-unggas berterbangan mencari tempat berlindung. Sehelai dua sampah sarap turut berterbangan dibawa angin. Anjing dan kucing berkejaran melepas dendam. Seorang kanak-kanak menangis kehilangan ibu. Walaupun pokok hari tak berapa baik, sekumpulan remaja masih leka bermain bola. Semuanya kulihat jelas. Jelas sekali. Namun, dunia ini bagaikan cakera padat DVD dan aku telah  tertekan butang ‘Mute’ -tayangan filem tanpa bunyi.

Aku melihat manusia datang dan pergi meneruskan kehidupan masing-masing tanpa menghiraukan kewujudanku. Siapalah aku? Kehadiranku tidak sedikit langsung mempengaruhi sesiapa di sini. Jari jemariku yang diselimuti debu masih kuat menggenggam sebuah tabung dana yang berwarna biru. Ada nota yang tertampal; “Dermalah agar saya dapat rawatan secepat mungkin. Terima kasih.”

Aku mengheretkan kakiku menuju ke arah seorang pemuda. Ingin aku meminta derma, tetapi perkataan- perkataan yang keluar dari bibirku adalah ‘Oh ong eme.’ Pemuda itu hanya menjauhkan dirinya dariku sambil mendengus kasar. Sebutir permata terjun dari kelopak mata diikuti butiran air mata. Mindaku beralih ke suatu peristiwa pahit yang telah merubah hidupku.       

          Tiga bulan yang lalu, cuping telingaku tidak hanya mendengar kesunyian dan lidahku berdaya bertutur lancar. Pada saat itu, mentari yang malu membiaskan cahayanya semakin lama semakin berani menerangkan dunia. Aku terenjut-enjut keluar dari bangloku kerana kaki kiriku yang terluka. Aku menghidupkan enjin kereta BMWku lalu memandu untuk ke pejabat. Aku menghelakan nafas panjang. Aku lelah dengan pekerjaanku. Setiap hari bangun pukul tujuh, harus tiba di pejabat pada pukul lapan, ditugaskan membuatkan teh susu untuk majikan, terangkan jadual kepada CEO Syarikat, dan sebagainya. Amat membosankan. Namun, sekurang-kurangnya aku dapat nikmati kemewahan kerana gajiku yang lumayan.

          Sedang aku memandu, tekak terasa dahaga, perut pula berbunyi lagu keroncong. Aku pun singgah di stesen MRT Admiralty lalu mengambil langkah ke arah McDonald’s untuk membeli sarapan. Sewaktu aku menuju ke arah restoran segera tersebut, aku terdengar seseorang mendendangkan lagu Langit Biru.

“Bintang kecil, di langit yang biru,
Amat banyak menghias angkasa,
Aku ingin terbang dan menari,
Jauh tinggi di tempat kau berada.”  

          Sungguh memedihkan telinga. Aku menoleh ke kananku. Seorang pemuda yang berkaca mata gelap telah menyanyikan lagu itu. Dia sedang memegang sebuah tabung derma berwarna biru. Ada sehelai kertas tertampal pada tabung itu; “Maaf saya tidak dapat lihat anda, terima kasih kerana menghargai muzik saya. Dermalah agar saya dapat dirawati dengan cepat. Terima kasih.”

“Menyemak aje.” Aku menjeling dan berlalu pergi.
         
          Aku beratur. Ramai orang ingin membeli sarapan baharu McDonald’s -McBreakfast. Sesekali aku mencuri pandang ke jam tanganku. Kedua jam tangan menunjuk ke angka nombor tujuh. Aku masih ada 25 minit lagi. Akhirnya giliran aku. Aku membeli Sausage McMuffin, McBistro serta McCafe Double Chocolate Frappe. Aku keluar dari McDonalds lalu menuju ke arah keretaku. Tiba-tiba, kaki kiriku bagaikan dirodok sebilah pisau. Kakiku yang sudah luka dilukakan lagi. Aku jatuh menerjah ke bumi. Sarapan yang belum aku jamah bersepah di lantai. McCafe aku tertumpah ke pakaianku. Sut hitamku telah dicemari. Dengan geram, aku bangun dengan bebola mata yang tajam mencari pesalah. Di sebelah kiriku seorang lelaki sedang memegang sebatang tongkat putih serta sebuah tabung dana biru. Dia tertunduk-tunduk padaku berkali-kali. Aku meninggikan kening mata lalu melihat makanan yang tertumpah.

          “Oi, orang buta! Kau tahu tak makanan ni sarapan aku? Aku keluarkan hampir $20, tahu! Buang duit aku saja!” Kata-kata kesat aku ludahkan, “Kau tahu tak, orang macam kau inilah membawa beban kepada masyarakat.” Aku lihat nota pada tabung derma itu sekali lagi. “Oh, untuk pengetahuan kau, suara kau tak merdu. Telingaku bagaikan hendak meletup mendengar suara kau!”
         
Orang buta itu tertunduk. Kemungkinan besar dia berasa malu dikutuk. Matanya mula basah. “Maafkan saya. Encik, fahamilah bahawa saya benar-benar tidak sengaja. Tidak perlulah Encik menghina diri saya. Saya juga ada perasaan.”

          Aku menggenggam tanganku. Minuman McDonald’s yang tertumpah itu aku kutip lalu tuangkan ke atas kepala orang buta itu. Setelah itu aku menendang tabung dananya. Orang buta itu menutup mukanya dengan kedua belah tangan. Senyuman sinis terukir di wajahku. Aku berasa puas hati. Beberapa puluh bebola mata mengekoriku. Mereka yang telah saksikan kejadian tadi hanya mampu tercengang. Aku menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari situ.

          Dalam pertengahan perjalananku ke pejabat, jam tanganku berdetik lapan kali. Aku panik. Majikanku akan memarahiku lagi. Akhirnya, aku hanya sempat sampai di pejabat pada pukul 8.45 akibat kesesakan jalan raya.
         
          Tiba di pejabat, majikanku sedang berbicara dengan pembantu peribadinya. Tanpa meminta maaf, aku meluru ke arah tempatku. Kali ini, walaupun CEO Lee melihatku dari ekor matanya, dia tidak berkata apa-apa. Dia tidak memarahiku seperti biasa. Aku menghelakan nafas lega.

Namun, apabila aku tiba di mejaku, aku tidak nampak namaku pada ‘tag’. Tiada fail, kertas, kalendar, komputer riba atau alat tulis yang ada di atas meja. Aku hairan. Aku membuka laci-laci dan kabinet-kabinet. Kosong. Semuanya sudah dikemas dan dibersihkan. Adakah meja kerjaku dipindahkan?

          Tiba-tiba, CEO syarikatku CEO Lee memanggil namaku. Aku menoleh. CEO Lee kelihatan serius. Jari-jemarinya sedang mendakap sepucak surat. Dia memberikan surat itu kepadaku. Aku bingung. Apabila aku membaca judul surat itu sahaja, mataku terarah padanya. Tidak perlu aku baca isi kandungannya; judul surat itu sudah mencukupi: Surat Notis Dibuang Kerja. Aku menepuk dahiku sementara CEO Lee tunduk. Dia menjelaskan keputusannya. Katanya aku selalu lambat ke tempat kerja, tidak banyak memberi sumbangan, asyik berkhayal dalam mesyuarat dan selalu menyalahgunakan wang syarikat untuk perbelanjaan peribadi. CEO Lee telah menemui seseorang pekerja cekap yang dapat menggantikan posisi aku. Dia turut menambah bahawa segala kenikmatan yang aku ada adalah milik syarikat. Rumah bangloku dan kereta BMWku akan ditarik dalam tempoh satu minggu manakala segala kad kredit aku telah disekat.

          Dengan perasaan geram, aku keluar dari pejabat. Aku tidak endahkan barang-barang kerjaku yang telah dikemaskan untuk pemergianku. Aku menuju terus ke arah kereta. Aku memandu dengan laju. Terlalu banyak perkara terapung-apung dalam mindaku. Rasa marah, geram, sedih, semuanya bercampur baur.

“Kejam!!! Semuanya tak guna!! Tak guna!!” Aku menjerit sekuat hati sambil menghentak-hentak stereng kereta. Sungguh tidak aku duga, pada masa yang sama sebuah lori laju membelok di hadapanku. Aku cuba mengelak dan mengawal kereta.

‘Bang!!!!!’ Segalanya berlaku terlalu pantas. Keretaku terbabas dari jalan raya lalu melanggar sebatang pohon. Aku tidak tahu siapa yang memanggil ambulans dan berapa lama aku tidak sedarkan diri di hospital. Sejak musibah itu, aku tidak dapat mendengar. Menurut doktor, oleh sebab aku mengalami kecederaan di kepala, mindaku amat terganggu. Aku tidak dapat mengawal pertuturanku dengan jelas. Wang simpanan bankku hangus membayar bil hospital. Aku tidak punya apa-apa lagi.

Sekonyong-konyong, seorang pemuda menepuk bahuku. Aku terjaga dari lamunanku. Aku menoleh. Wajahnya mirip seseorang yang pernah aku kenali. Bibirnya bergerak, tetapi tiada suatu perkataan pun yang dapat aku dengar. Aku mengerutkan dahi. Pemuda itu pun mengeluarkan sekeping kertas kosong lalu menulis nota. Aku membaca.

 ‘Janganlah menangis. Saya pernah lalui pengalaman yang sama. Malah, saya dilayan lebih teruk daripada kamu. Saya telah dihina dan dimaki di hadapan orang ramai. Malah, saya ‘dimandikan’ dengan minuman manis. Terdapat banyak orang yang tiada hati perut di dunia ini. Namun saya percaya, setiap insan akan mendapat balasan yang dia patut dapat.’

Mataku memerah air mata. Aku tidak dapat menahan lagi sebak dalam hatiku. Pemuda itu pun membuka dompetnya lalu mengeluarkan sekeping kertas berwarna merah. Dia menyumbatkannya dalam lubang tabung derma biruku. Dia senyum. Ingin aku meminta maaf serta mengucapkan terima kasih, tetapi yang keluar dari mulutku adalah, ‘Ngaah! Ngaah ye. Mek ceh, mek ceh’ Aku melihat tabung danaku yang berwarna biru lalu cuba menyanyikan lagu Langit Biru walaupun aku tidak dapat menyebut dengan jelas. Oh Tuhan, ampunilah dosa hambamu ini.  
               

Sunday, April 3, 2011

CUTI sekolah atau KERJA sekolah? ):



AISYAH LYANA JH201
Cuti sekolah. Apakah definasi itu? Bagi mereka yang masih lagi terperangkap dalam dunia di sekolah rendah, cuti sekolah adalah jangka masa untuk pelajar-pelajar berehat, bermain, berkunjung ke negeri lain, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan mengulangkaji pelajaran bagi mereka yang ketinggalan. Bagi mereka yang sedang bernafas dalam sekolah menengah biasa, mungkin mereka perlu menyiapkan beberapa kerja rumah atau berdarmawisata. Namun mereka tetap ada masa untuk rehat.

Bagaimana pula dengan diriku? Apakah yang sering aku kaitkan dengan cuti sekolah? Rehat? Keseronokan? 'Slack'? ...Tidak. 

Cuti sekolah pada bulan Mac aku bukanlah cuti yang pernah aku impikan. Cuti sekolah, sesungguhnya tidak sesuai aku gelarnya cuti, adalah masa yang paling sibuk pernah aku alami. Apa telah aku lakukan pada 'cuti sekolah' ini? Aku perlu mewakili sekolah untuk suatu pertandingan kemudian dengan kelam-kabut aku menyumbat diriku ke dalam teksi ke hujung Singapura agar dapat saksikan persembahan teater oleh murid-murid dari sekolah ibuku. Keesokan harinya, terpaksa aku membazirkan seluruh hari untuk melukiskan dan menghiaskan suatu brosur yang sesuai bagi suatu projek di sekolah.

Sepanjang minggu pula, aku perlu ke sekolah dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam setiap hari demi untuk latihan intensif CCA kesayanganku; Malay Dance, supaya aku dapat menari seelegannya di pentas SYF.  Pada hari Khamis, di mana aku selesai latihan CCAku awal, aku terpaksa menjejak kakiku di jalan Bencoolen untuk membuat kajian tentang sejarahnya bagi projek sekolah. Hanya pada hari Jumaat aku ada masa --- bukan masa untuk rehat. Sebaliknya masa bagi diriku menyelesaikan kesemua tugas sekolah yang tidak sempat aku sentuh; dari rumus-rumus Matematiks yang menyakitkan kepala kepada esei-esei tentang dunia politik dan propaganda. 

Mungkin ada yang  berdebat tentang adanya masa bagi ruangan peribadi pada waktu malam. Aku sampai rumah setiap malam dari CCA pada pukul 10. Tiap-tiap malam aku terburu-buru menyiapkan kerja rumah yang bertimbun-timbun di meja. Pernah suatu kali aku terlelap, dengan kepalaku tenggelam dalam buku-buku dan nota Sains oleh sebab terlalu lelah dengan kesibukan dunia.

Pada pagi Ahad, kononnya hari terakhir untuk aku bercuti dan berehat, aku harus menyiapkan bagasi untuk ke Asrama NJ petang nanti. Lihatlah hidupku yang sesak dengan kesibukan ini.

Hidup akademikku di NJ bagaikan sengsara. Aku penat tercungap-cungap mengejar nafas terburu-buru membuat ini, membuat itu. Aku penat tergesa-gesa melompat sini sana hanya untuk menghadiri acara tertentu. Namun aku sedar, aku ini hanyalah seorang murid. Seorang murid yang belum capai umur 14 ataupun capai ketinggian 1.5m. Belum lagi bekerja atau pulang rumah pada pukul 3 pagi. Kita semua terlalu ketagih mengeluh dan mengerang tentang betapa banyaknya kerja tetapi betapa sedikitnya masa yang kita ada sehingga kita alpa dan merasakan bahawa masalah kita boleh diselesaikan sendiri. Kita tidak menghargai apa dan siapa kita ada. Hakikatnya, tanpa mereka yang membimbing, seseorang itu kemungkinan besar tidak akan dapat meneruskan hidup sibuknya. Aku perlu bersyukur kerana aku masih ada keluarga yang menyanjungiku serta teman yang sentiasa melindungi dan mendengar rintihan hatiku. Aku tidak keseorangan.

Masih aku teguh, mampu melaksanakan tugas-tugas, berlatih untuk SYF, membuat kajian dan sebagainya hanya kerana mereka yang telah mendorongku. Aku ingin membanggakan kedua ibu bapaku dengan pencapaian yang luar biasa. Aku ingin tunjukkan kepada semua bahawa seorang gadis kecil yang sering terperangkap dalam alam lain dapat mencapai kejayaan, dalam semua aspek, seperti mereka yang boleh lakukannya. Aku berdaya mengatasi kesibukan 'cuti sekolahku' kerana aku ingin buktikan pada diriku bahawa aku boleh melakukan segala sesuatu sekiranya aku benar-benar fokus dan memberikan seluruh tenagaku kepadanya. Dan ternyata aku boleh.


INTAN NURSHAKINAH  JH201

Selalunya, aku tidak sabar menantikan cuti sekolah. Tetapi tahun ini berbeza. Pada minggu sebelum cuti sekolah, guru-guruku telah memberi banyak kerja-kerja untuk diselesaikan. Aku sudah mula berasa tertekan.

Pada pagi hari Sabtu, aku berehat dan bermain komputer sebentar. Aku harus berehat selepas beberapa minggu di sekolah membuat projek dan kerja sekolah. Selepas itu, apabila kakakku sudah bangun, aku disuruh membersihkan rumah bersam adikku. Setiap hari Sabtu memang rutin kita untuk membersihkan rumah. Selepas itu, aku menonton television bersama kakakku. Hari Sabtu itu adalah hari yang paling santai.

Malangnya, aku tidak boleh berehat lama. Aku harus selesaikan kerja sekolah yang banyak. Oleh kerana itu, malam itu diluangkan untuk membuat kerja sekolahku seperti brosur GS dan tugasan Matematiks. Malah, aku tidak dapat menghabiskan kerja-kerja sekolah itu.
Pada hari Ahad pula, aku harus pergi ke kelas agamaku. Selepas kelas agamaku, aku meneruskan kerja-kerja sekolah. Tetapi, tidak dapat selesaikan tugasan-tugasan tersebut.

Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, aku pergi ke sekolah untuk latihan choir. Oleh kerana SYF kita tidak lama lagi akan tiba, kita harus mengadakan banyak latihan. Apabila aku pulang dari latihan-latihan ini, aku berasa letih dan tidak mampu untuk membuat kerja sekolah.
Pada hari Jumaat dan Sabtu pula, aku cuba menghabiskan kerja-kerja sekolah yang ada. Aku dapat menghabiskan separuh kerja sekolahku. Hari Ahad pun tiba, hari yang terakhir pada minggu itu dan juga hari yang semua pelajar JH2 harus memasuki asrama. Pada pagi hari itu, aku bersiap sedia untuk ke asrama. Di asrama, aku menghabiskan kerja-kerja sekolah yang belum diselesaikan.
Pada pendapatku, percutian sekolah minggu Mac pada tahun ini agak sibuk. Walaupun aku dapat berehat, aku berasa bahawa percutian sekolah pada tahun ini tidak panjang. Aku harap percutian sekolah pada bulan Jun akan lebih santai.



NAIMI NASSER JH201
Cuti sekolah saya amat sibuk dengan banyak aktiviti berbeza. Masa jalan dengan amat pantas sehingga seperti saya tidak mendapat bercuti sekolah. Saya terlibat dalam banyak aktiviti yang berkaitan dengan sekolah. Namun, ada juga aktiviti-aktiviti saya terlibat dalam yang bertujuan rekreasi.


          Bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sekolah, saya perlu pulang ke sekolah empat kali pada minggu cuti sekolah itu untuk amalan kegiatan ko-kurikulum. Amalan-amalan kegiatan ko-kurikulum itu meluangkan banyak masa. Saya juga selalu berasa amat letih selepasnya kerana saya dalam kegiatan ko-kurikulum lari lintas alam dan amalan-amalannya selalu amat fizikal.


          Saya juga ada kelas tambahan matematiks pada cuti sekolah itu. Walaupun kelas tambahan matematiks itu juga meluangkan masa saya, saya dapat memperjelaskan ragu-ragu saya. Saya juga dapat menyelesaikan kerja rumah matematiks saya.

          Saya perlu bertemu dengan beberapa kawan saya untuk buat sesuatu projek sekolah kami. Projek itu meluangkan satu hari pada minggu cuti sekolah itu. Namun, saya menikmati membuat projek itu dengan kumpulan kawan saya itu.

          Saya juga ada banyak kerja rumah untuk menyelesaikan. Saya mendapat kerja rumah daripada setiap subjek sekolah saya. Mula-mulanya, saya berfikir bahawa saya mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan kerja rumah saya itu. Namun, kebanyakan masa saya diluang untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.

          Bagi aktiviti-aktiviti yang bertujuan rekreasi pula, saya dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga saya. Saya dapat menonton sesuatu wayang lucu dengan keluarga saya. Saya berseronok meluangkan masa dengan keluarga saya kerana saya jarang dapat meluangkan masa dengan mereka selain daripada cuti sekolah saya.

          Saya juga dapat pergi membeli-belah untuk hadiah-hadiah hari jadi saya dengan keluarga saya. Kami tidak dapat membelinya pada hari jadi saya kerana terlalu sibuk dengan kerja kami masing-masing. Saya berasa amat gembira kerana dapat membeli beberapa barang baharu dengan keluarga saya.

          Saya dapat menghadiri sesuatu jemputan saudara-mara saya. Saya dapat makan makanan yang amat sedap dan berseronok dengan saudara-mara saya. Saya belum dapat berseronok dengan mereka pada masa yang lama.

          Masa-masa yang saya dapat meluangkan dan berseronok dengan keluarga dan saudara-mara saya membuat seminggu cuti sekolah itu amat bermanfaat. Saya perlu sesuatu waktu rehat kerana saya hanya mempunyai masa untuk bekerja selain daripada cuti sekolah itu. Saya juga jarang mempunyai masa untuk meluangkan dan berseronok dengan keluarga dan saudara-mara saya. Walaupun cuti sekolah saya tidak lama, saya menantikan cuti sekolah saya yang akan datang.

SABRINA YUSOFF JH201

Sebenarnya, percutian sekolah Mac pada tahun ini tidak begitu baik. Malah saya tidak merasakan bahawa minggu itu merupakan percutian sekolah!


Pada hari pertama percutian itu, saya bangun awal untuk pergi ke Boon Lay di mana saya bertemu dengan Aisyah, Arina dan Raudhah untuk menghadiri peringkat separuh akhir dalam Quiz Bidai Bahasa. Malangnya, kami tidak berjaya masuk ke peringkat akhir peraduan itu. Kami mengalah dengan 8 markah kurang dari sekolah yang berjaya, iaitu Sekolah Perempuan Crescent; Saya putih mata kerana kami telah mendapat peluang untuk memenangi peraduan tersebut dengan hanya menjawab satu soalan, namun kami terlambat. Selepas peraduan itu, saya dan Aisyah pergi ke Maktab Rendah Nanyang untuk menonton pertandingan Gema Puisi Artistik yang berakhir pada waktu petang.


Hari pertama saya sudah membuat saya sungguh letih. Hari seterusnya, saya mula membuat kerja sekolah yang bertimbun-timbun. Namun saya tidak menyelesaikan apa-apa kerana tidak bermotivasi untuk menumpukan fokus.


Hari Selasa, Rabu dan Khamis dihabiskan di latihan choir. Saya tidak dapat menyelesaikan kebanyakan kerja sekolah kerana latihan-latihan ini. Tambahan pula, saya diberikan beberapa projek berkumpulan dan tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan projek kami.


Pada hari Jumaat dan Sabtu, saya cuba menyelesaikan kerja sekolah saya. Hari Ahad pula merupakan hari saya perlu pergi ke hostel sekolah.


Percutian sekolah ini tidak memberikan saya masa untuk berehat langsung. Kadang-kala, saya merasakan bahawa guru-guru di sekolah menganggap percutian sekolah sebagai masa untuk menyelesaikan kebanyakan kerja sekolah dan terutamanya, projek berkumpulan. Ada kalanya mereka berkata bahawa mereka juga mendapat banyak kerja untuk menyemak; tetapi pada pendapat saya, kerja mereka lebih senang; mereka sudah tahu jawapan yang tepat!






FARAH IZZAH JH202

Pada pendapatku, cuti sekolah bulan mac sungguh sibuk. Aku perlu ke
sekolah atau keluar untuk membuat projek hampir setiap hari pada
minggu itu. Pada hari yang tidak perlu aku ke sekolah pun, masa
luang aku digunakan untuk menyempurnakan projek itu atau menyelesaikan kerja
sekolah lain. Tambahan lagi, pelajar JH2 akan tinggal di asrama sepanjang penggal dua tahun ini. Oleh itu aku perlu mengemas dan menyiapkan barang-barang yang akan dibawa ke sana. 

Pada hari isnin, aku disuruh pergi ke sekolah untuk gitar dan itu
sahaja memakan masa dua jam. Sebaik aku pulang sahaja dari sekolah, aku bergegas menyelesaikan kerja sekolah. Hari Selasa pula hampir setiap minit dibazirkan bagi
menghabiskan kerja sekolah.

Hari seterusnya, Rabu, aku telah ke sekolah untuk menghadiri kelas sains selama setengah jam sahaja walaupun kelasnya patut memakan masa sejam. Namun guru sains aku terlupa tentang kelas tersebut. Itu menyebabkan kelas pada hari itu berlangsung hanya setengah jam. Walau bagaimanapun, kami sekelas tetap mengambil masa hampir satu setengah jam kerana masih menunggu guru sains kami. Selepas itu, aku pergi ke republic polyteknik untuk
menonton latihan gitar untuk SYF di sana. Selain sekolah kami yang mempunyai dua persembahan, satu kumpulan dari menengah dua hingga empat dan lagi satu dari pelajar maktab rendah satu dan dua. Ada juga sekolah-sekolah lain di sana seperti sekolah dunman high dan raffles Institution. Persembahan mereka sedikit membosankan bagiku kerana lagu-lagu yang mereka main adalah lagu klasik. Tambahan pula, tempat itu sungguh sejuk hinggakan aku mahu tidur. Walaupun persembahan mereka menjemukan, ku masih dapat kebaikan dari menontonnya, iaitu ku akhirnya dapat mendengar bagaimana lagu berbunyi jika mereka semua berkumpul dam bermain sebagai satu. Jadi, menontonnya masih ada
sekurang-kurangnya satu kebaikan.

Hari khamis pula aku ke sekolah untuk bertemu bersama rakan-rakanku dan mulakan projek LA kami. Selepas itu, aku bertemu bersama arina dan kami terus ke victoria street di bugis untuk membuat projek GS kami. Kami mengambil banyak gambar, berbual banyak, belajar banyak tentang tempat tersebut dan bangunan-bangunan di sana seperti bangunan perpustakaan Nasional, masjid, kuil dan gereja-gereja sepanjang jalan itu dan berbuat macam-macam lagi. Kami berdua juga makan tengah hari di sana dan sesudahnya kami puas dengan gambar-gambar yang kami ada dan informasi tentang seluruh jalan victoria seperti lokasinya, kami pun pulang ke rumah, tetapi projek itu masih belum selesai. Kami pulang ke rumah dan membuat lebih kajian tentang jalan victoria dan menulis laporan serta membuat sekeping brosur yang harus dihasilkan dan dihantar dengan laporan tersebut.

Lain-lain hari pada cuti sekolah itu agak jemu kerana kebanyakan masanya digunakan bagi menyelesaikan kerja sekolah dan projek. Selain itu, aku juga membuang banyak masa mengemas barang-barang untuk boarding, terutamanya kerana aku tidak ada banyak barang dan hari sabtu diluangkan bagi menyiapkan barang-barang ini, walaupun ku kadang-
kala bermain dan membuang masa kerana malas ingin menyiapkan barang-barang tersebut. Ini menyebabkanku bangun pagi hari ahad hanya untuk menghabiskan tugas itu.

Secara keseluruhan, aku berpendapat bahawa masa cuti sekolah bulan macku telah dibuang begitu sahaja kerana aku tidak habis-habis membuat kerja sekolah, walaupun aku sebenarnya boleh keluar bersama rakan-rakanku. Aku juga sebenarnya ingin menggunakan masa cuti sekolah untuk tidur lebih lagi tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan ini semua
berlaku, ku tetap menyelesaikan semua kerja sekolah dan projek yang diperlukan.




NURARINA RUZANNA JH202

Pada cuti sekolah bulan Mac, saya tidak ke mana-mana untuk makan angin kerana ibu bapa saya bekerja. Pada 15hb Mac, saya tinggal di rumah bersendiri kerena ibu bapaku bekerja dan kakak saya pula keluar untuk aktiviti-aktiviti sekolahnya, Politeknik Sigapura.

Pada pagi itu, saya bangun lewat. Setelah bersarapan dan membuat perkara-perkara yang tidak berguna, tiba-tiba, hujan lebat. Saya dengan cepat menutup tingkap-tingkap rumah supaya tidak basah. Sedang saya menutupi tingkap di balkoni, saya ternampak sesuatu serangga yang bertebang. Tidak lama kemudian, saya ternampak dua.
Saya terperanjat dan takut. Saya terus bergegas ke bilik saya dan mengambil semburan untuk menghapuskan nyamuk, kerana saya tidak mempunyai semburan untuk serangga tersebut, yang setelah diberitahu Dewan Bandar, ialah lebah-lebah.

Setelah menyemburkan semburan tersebut ke dalam alat penguat suara, segerombolan labah-labah keluar dari alat tersebut. Saya terasa takut kerana lebih labah-labah berterbang ke sini sana di ruang tamu saya. Dalam ketakutan, saya menggunakan semburan tersebut dengan banyak sehigga rumah saya berbau busuk.
Dalam ketakutan, saya berjalan dengan perlahan-lahan ke bilik saya untuk mengambil telefon bimbit saya lalu menelefon ibu saya untuk menyuruh beliau pulang dari kerjanya. Malangnya, ibu saya tidak setuju. Beliau menyuruh saya masuk ke dalam biliknya dan menguncikan pintunya sehigga beliau pulang, iatu pada pukul 6 petang. Saya memeluk kucing saya dalam ketakutan lalu menuju ke tandas untuk mandi.

Setelah ibu saya pulang, saya membuka pintu bilik. Ibu saya mengata bahawa semua labah-labah sudah mati akibat semburan nyamuk tersebut. Apabila saya keluar dari bilik dan melihat labah-labah yang sudah mati, saya berasa sungguh geli. Labah-labah tersebut semuanya menutupi lantai rumah saya di ruang tamu. Ibu saya pula cuba mengemas tempat tersebut dengan menyapu labah-labah tersebut, yang jumlahnya lebih dari seratus.

Beberapa minit kemudian, jiran saya dating ke mari untuk melihat keadaan rumah saya. Dia berkata bahawa serangga tersebut adalah labah. Tidak lama kemudian, ayah saya pula pulang dari tempat kerjanya. Pada masa itu, kami bertiga duduk makan malam di dapur. Tiba-tiba, lonceng terbunyi. Ayah saya membuka pintu dan di luar terdapat tiga pegawai "Pest Control" yang telah dihubungi Dewan Bandar. Mereka berkata bahawa labah-labah tersebut teah dating dari hutan berdekatan dan kerana hujan, labah-labah tersebut mencari tempat tinggal di rumah saya.

Hari itu sungguh menakutkan tetapi saya telah mempelajari sesuatu dari perkara ini, iatu semburan untuk menghauskan nyamuk juga boleh digunakan untuk menghapuskan labah-labah.

ILI NURSYAZA JH202
http://depositfiles.com/files/gbazl4se1

Sunday, February 13, 2011

bangsat!

Bangsat!

          Aku berhujan air mata. Merah padam mukaku. Nafasku semakin lama, semakin berat dan pantas. Dalam keadaan menggeletar menahan sebak, aku menggenggam tanganku seerat-eratnya. Mulutku kumat-kamit meludahkan kata-kata kesat. Fikiranku kusut-masai bercampur hiba dan marah. Aku memandang ke arah lelaki-lelaki yang diusung pergi itu. Bangsat! 

Awan hitam berkerumun di langit sementara kilat berkilau-kilauan serta guruh berdentuman. Sinaran matahari tersembunyi bagai malu membiaskan cahayanya. Hujan lebat mula turun menerjah ke bumi. Ayah masih belum pulang. Aku dan ibuku sedang gelisah menantikan kepulangannya. Ayah belum lagi menerima khabar tentang adikku, Maryam yang terlantar di rumah mak cikku untuk mendapatkan rawatan bagi penyakitnya. Sekonyong-konyong, pintu rumah diketuk seseorang. Semakin lama, semakin kuat.

          Kedengaran juga suara-suara asing menjerit-jerit dari luar. Bulu romaku meremang seketika. Timbul pula seribu soalan dalam mindaku. Siapakah mereka? Apa yang mereka mahukan? Mana ayah? Dan sebagainya. Tanpa berlengah lagi, ibuku cuba menelefon ayah. Namun, tiada jawapan. Ibu cuba sekali lagi. Masih tiada jawapan. Kemudian, ibu mengisyaratku agar pergi ke kamar tidur utama bersamanya.

          “Oi, buka pintu sekarang!” teriak satu suara garau dari luar sambil menggoncangkan pintu pagar dengan ganas.

          Aku dan ibuku hanya membisu tetapi minda kami riuh tertanya-tanya mengapa ayah masih belum pulang. Jantungku berdegap-degup antara cemas dan bimbang.

          Tiba-tiba, pintu rumahku terbuka. Terdengar tapak kaki orang masuk ke rumah kami. Jantungku semakin berdebar-debar. Kami dapat mendengar dengan jelas penceroboh-penceroboh itu keluar masuk setiap kamar tidur. Ibuku kelam-kabut mengunci kamar tidur utama. Penceroboh-penceroboh itu cuba membukanya tetapi tidak berhasil. Pintu ditendang bertalu-talu.

          Beberapa minit kemudian, pintu kelihatan bagai cuba dibuka dengan sesuatu. Rupa-rupanya, penceroboh menggunakan pisau dan malang sungguh, penceroboh-penceroboh itu berjaya membuka pintu! Aku mendapati diriku dan ibuku berkesemuka dengan penceroboh-penceroboh itu. Aku meneguk air liurku beberapa kali.
Tubuh mereka agak tegap sasa. Ketiga-tiganya memakai topeng yang sama; topeng naga. Di dalam genggaman salah seorang penceroboh itu adalah sebilah pisau. Dengan tak kusangka, penceroboh itu tiba-tiba berlari meluru kea rah ibuku dengan menghunus pisau itu. Ibu menyuruhkuberlari untuk menyelamatkan diri. Oleh sebab aku berbadan kecil macam semut, aku mampu menyelit melalui ruang kecil di antara kedua-dua penceroboh yang cuba menghalangku.

Aku dapat meloloskan diri tetapi terdengat suara lengkingan ibu menjerit. Senyap. Aku tidak sempat menoleh, hanya mampu berlari sepantas mungkin. Aku terjumpa sebuah kereta tersadai di tepi jalan raya. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat tubuh ayah kaku berlumuran darah. Ayah telah ditikam!

Hatiku terkoyak bagai dirusuk pisau yang tajam. Aku berasa hiba, takut dan marah serentak. Aku menangis tersedu-sedan. Dalam tangisanku, cuping telingaku menangkap siren kereta polis dan ambulans. Rupa-rupanya, Cik Ana, jiranku yang tinggal di bangle yang bertentangan bangloku, telah menghubungi pihak polis. Cik Ana telah menyaksikan rumah kami diceroboh. Ketiga-tiga penjenayah itu diberkas polis.

           Cik Ana yang terlihatku berkumat-kamit cuba menenangkan jiwaku dan menasihatiku supaya bersabar. Aku beristighfar berkali-kali untuk melenyapkan detik pahit yang terpahat kukuh dalam benakku. Cik Ana memberitahuku bahawa aku haruslah tabah dan redha menghadapi dugaan kerana Tuhan telah mengatur segalanya.


Sungguh terang cahaya bulan,
     Bulan mengambang sungguh menawan,
                   Haruslah sabar menempuh dugaan,
                        Hidup memang banyak cabaran.

          Aku membaca pantun yang tertera pada akhbar. Terasa bagai ditujukan kepadaku. Walaupun amat memedihkan untuk merelakan pemergian ibu bapaku yang tersayang, aku terpaksa melakukannya kerana Tuhan lebih menyayangi mereka. Aku berjanji akan melindungi adikku Maryam sebagaimana orang tuaku melindungiku selama ini. Aku menatap wajah-wajah pembunuh-pembunuh ibu bapaku. “Samseng Tailong ditangkap kerana membunuh.” Aku tidak percaya. Ini adalah satu penganiayaan kejam. Semoga mereka dapat hukuman yang setimpal.